Rabu, 5 Oktober 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran.

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

- Artikel iluvislam.com

Jumaat, 25 Februari 2011

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK



1.    Sajak mestilah menggunakan Bahasa Melayu dan perlu mempunyai tajuk.
2.    Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 12 dengan spacing 1.5.
3.    Karya yang dihantar mestilah asli dan bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh penganjur serta tidak mengandungi unsur-unsur sensitive. Sekiranya didapati cerpen tersebut diciplak, pemenangnya boleh dibatalkan.
4.    Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.
5.    Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama- nama pemenang juga akan diumumkan dalam facebook dan blog http://inspirasikb.blogspot.com/
6.    Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur didalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
7.    Pemenang pertandingan sajak berdasarkan jumlah LIKE yang paling banyak facebook bagi setiap kategori penyertaan yang dipertandingkan. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PENGHASILAN MONTAJ


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PENGHASILAN MONTAJ




1.    Penyertaan adalah secara beindividu
2.    Pelbagai perisian multimedia boleh digunakan.(Movie Maker, MS PowerPoint, Ulead, MM Flash, Pinnacle, dll)
3.    Hasil kerja mesti ORIGINAL.
4.    Tayangan mesti mengandungi mesej yang berunsurkan gejala sosial.
5.    Semua elemen multimedia digalakkan dimasukan dalam persembahan anda.
6.    Tayangan antara 3-5 minit sahaja.
7.    Gambar dan perkataan tidak bermoral diharamkan sama sekali.
8.    Kreativiti anda amat digalakkan.
9.    Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama- nama pemenang juga akan diumumkan dalam facebook dan blog http://inspirasikb.blogspot.com/
10.  Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur didalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
11.  Pemenang pertandingan sajak berdasarkan jumlah LIKE yang paling banyak facebook bagi setiap kategori penyertaan yang dipertandingkan. Keputusan panel hakim adalah muktamad.


Jangan lupa LIKE PAGE ILHAM INSPIRASI ANJURAN UITM KELANTAN DI FACEBOOK

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL


1.             Artikel hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
2.            Panjang artikel hendaklah melebihi 15 muka surat dan tidak melebihi 25 muka surat
3.            Esei hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau sebaris setengah (1.5 spacing) menggunakan huruf Arial bersaiz 12 (Font 12)
4.            Setiap esei hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana mana bahan cetakan. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.
5.            Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur didalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya di tangan penulis.
6.            Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk urusan penyampaian hadiah dan nama- nama pemenang juga akan diumumkan dalam facebook dan blog  http://inspirasikb.blogspot.com/
7.            Setiap karya yang dihantar, berhak diguna, disiar atau dicetak oleh pihak penganjur didalam apa-apa bentuk media tanpa perlu izin rasmi penulis. Namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.
8.            Pemenang pertandingan sajak berdasarkan jumlah LIKE yang paling banyak facebook bagi setiap kategori penyertaan yang dipertandingkan. Keputusan panel hakim adalah muktamad


Jangan lupa LIKE PAGE ILHAM INSPIRASI ANJURAN UITM KELANTAN DI FACEBOOK

Khamis, 24 Februari 2011

-ILHAM INSPIRASI ANJURAN UITM KELANTAN-





Anda mahukan IPOD? Percutian? Voucher? Dan hadiah2 menarik yang lain? Tak ade budget? Tapi ada bakat untuk menulis artikel, sajak atau mereka poster dan montaj? Haaa meh sni nak habaq mai kat hangpa2 semua!!!!




CARA PENYERTAAN




Tolong la like Page "ILHAM INSPIRASI ANJURAN UITM KELANTAN" .


Lepas dah like page ni, terus berfikir sejenak.........
-Aku ni pandai buat artikel ke........
-Atau aku ni pandai buat sajak?
-Tapi, rasenya aku lagi kreatif buat poster...
-Tapi best lagi kalau buat montaj...


Haa pas dah fikir-fikirkan, tapi masih belum menemui jalan penyelesaian, buat aje laaa semua sekali, artikel, sajak, poster atau montaj!
Buat jgn tak buat.
Pas dah buat, tolong emailkan kepada kelab_inspirasi@yahoo.com dengan subjek:ilham inspirasi , tajuk : artikel, sajak, poster.


Lepas tu beritahu di wall page, bahawa penyertaan anda telah dihantar......


TAPI! 
Kalau anda membuat montaj, uploadkan montaj anda di youtube, dan kemudian berikan link anda kepada kami.


TAJUK PERTANDINGAN
Ahaa..pastikan semua penyertaan yang anda lakukan bertemakan "SATU MALAYSIA MEMBANTERAS GEJALA SOSIAL"
Jangan lari tema ye kawan-kawan....... :)




BAGAIMANA MENENTUKAN PEMENANG


Selepas anda dah hantarkan penyertaan anda, jangan duduk bersahaja ya! Tolong war-warkan kepada rakan anda untuk LIKE juga page ILHAM INSPIRASI ini. Selepas dorang dah like, tolong kempenkan untuk like juga penyertaan anda. Kerana, jumlah LIKE dari rakan-rakan anda, juga menentukan pemenang  untuk penyertaan anda itu. :)




SIAPA YANG LAYAK MENYERTAINYA
Selagi anda masih bergelar pelajar institut pengajian tinggi awam atai swasta, selagi tu la anda layak menyertainya.... :) Pelajar ye. bukan kerani am, kerani rendah, ketua program , pensyarah mahupun ketua bahagian kewangan. ^-^


SAMPAI BILA?
Tarikh penyertaan akan diberitahu kemudian.....


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


untuk mengetahui syarat pertandingan  dengan lebih lanjut sila klik :-


1. Menulis artikel 
2. Penghasilan montaj
3. Mencipta sajak
4. Mereka Poster


Cepat Like PAGE ILHAM INSPIRASI ANJURAN UITM KELANTAN

Ahad, 6 Februari 2011

-Kursus Asuhan pembentukan Fasilitator 2-

Kursus Asuhan pembentukan Fasilitator 2 adalah kursus yang dianjurkan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Kelab Inspirasi yang diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai : -


i.      Pengetahuan asas berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab fasilitator.
ii.     Perlaksanaan program dalam LDK atau ceramah secara berkesan.
iii.    Kaedah mengenalpasti emosi dan personaliti para peserta.
iv.   Kaedah untuk mengurus peserta yang bermasalah atau tidak berminat.
v.    Perkongsian pengalaman penceramah berkaitan isu-isu remaja kini.

Kursus ini diadakan pada 27 Januari 2011 hingga 29 Januari 2011 di Hostel Pantai, Pantai Cahaya Bulan Kota Baru. 

Pengarah projek program pada kali ini ialah Nur Nazihah Binti Raman dan dibantu oleh Nuraini binti Afandi.
Pengarah projek Kursus Asuhan
Merangkap YDP kelab
YDP - Yang Di Perlukan a.k.a dipulaukan
^-^
Penolong Pengarah projek membantu mengayuh kayak Pengarah projek
Kursus kali ini disertai seramai 35 orang peserta. Peserta telah dipilih melalui penilaian temuduga yang  dijalankan oleh Penasihat Kelab bersama barisan mantan exco kelab.

Kursus kali ini, moderator program adalah Encik Fakhrul dan dibantu oleh Puan Che Manisah, Puan Izzah  dan Puan Zuraida.


Pengerusi majlis pada malam pertama majlis

ustaz sepanjang majlis
Antara aktiviti dan pengisian kursus yag diadakan : -

1. Tolak balak sematkan kepercayaan

balak tolak ranting.
^-^
 2. Lakonan drama pendek
dari kiri : wan maimunah, rosnah mat aris, didie alias, zaiton sameon
 3. Sorakan kumpulan
Pinggang saya hasil dari tummy trim

Suami yang beristeri 3 dengan bahagianya
 4. Menggunakan kuasa minda
keras seperti batu. tegak seperti kayu
 5. Drama pendek
Sembilu kasih ditusuk tusuk kekasih
Riadah petang pada kursus asuhan pada kali ini adalah berbeza sama sekali dengan aktiviti di kem lain kerana, ketika kursus ini peserta diberi peluang untuk bermain kayak.
mengayak di atas batu

hulurkan tangan ringankan beban

bersama pedang masing-masing

gembira tak terkata

sebelum teruskan kayuhan, buat lambang kedamaian

Bagi mereka yang tidak bermian kayak, maka membuat aktiviti sampingan menambah ilmu pengetahuan dengan menceritakan perihal pengalaman pengalaman....
dikelilingi bidadari langit ketujuh
Pada hari terakhir sebelum majlis penutup, satu sesi luahan hati telah diadakan..... Di dalam sesi ini semua peserta diberi peluang untuk meluahkan perasaan terhadap rakan-rakan. Ketika sesi luahan.....


ada yang bergelak tawa


ada yang menitiskan air mata

tanpa mengira jantina
Dan pada sesi terakhir, pengarah projek telah diberikan beberapa biji limau dan epal sebagai simbolik penghargaan dan ucapan tahniah kepada beliau kerana telah menguruskan program dengan baik.
Tahniah diucapkan kepada Nur Nazihah. :)
Tak muat tapak tangan, kain baju kurung yang ditadahkan
Simbolik kepada kesaktian


Hamper kemenangan

Gambar kenangan

Sabtu, 5 Februari 2011

-Kem Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya-


Pada 20 Januari 2011 - 22 Januari yang lepas, Kelab Inspirasi telah mengadakan satu Kem Pembimbing Rakan Sebaya di Hostel Pantai. Program pada kali ini diwajibkan kepada semua exco Kelab Inspirasi yang baru dilantik dan juga rakan dari kelab Peers UiTM Machang.

Pengarah projek program pada kali ini ialah Nuraini binti Afandi dan dibantu oleh Nur Nazihah Binti Raman selaku Timbalan Ketua Projek.

Pengarah Program yang berjaya dan bergaya
Selaku timbalan ketua projek yang berdedikasi, Nur Nazihah bukan sahaja menolong Nuraini dalam melengkapkan kerja sebagai ketua pengarah projek sahaja. Malah turut membantu Nuraini menguruskan dirinya juga. 

Bukti pertolongan yang tidak boleh disangkal oleh lagi




Moderator untuk kem ini ialah Encik Hafifi dan dibantu oleh Puan Che Manisah, Puan Che Azlina dan Puan Azlina iaitu kaunselor UiTM Kota Bharu dan UiTM Machang.


Romantika de amorey
Encik Hafifi bersama kesayangan hati. :)

Tiga dara pujaan yang sudah menjadi suntingan

Selain dari itu, program pada kali ini turut dibantu oleh kaunselor pelatih dari UM iaitu kak Fara

baju biru : Kaunselor pelatih
baju hijau : kak teh
Selaku moderator program, Encik Hafifi berjaya membuatkan program menjadi menarik sekaligus mengelakkan peserta-peserta kem dari mengantuk. Keseronokan program yang dijalankan, mampu membuatkan peserta lupa assignment yang bersusun di rumah dan perlu dihantar pada minggu hadapan. Dapat bayangkan tak keseronokan program tersebut bagaimana? huhuhuhuhu....

Ini bukan rombongan datang meminang.
Bukan Juga pasangan yangdigandingkan
Tapi ini adalah sebahagian dari ahli kumpulan

Ini bukan dugong yang terdampar di tepian
Tetapi ini adalah bukti kesungguhan menjalankan tanggungjawab

Membina piramid dari straw.
Hebat.

Punah harapan piramid yang dibina

kasih sayang terlalu indah untuk dikenang

selamanya tidak akan pernah kau lupa
Antara logo kumpulan yang dihasilkan oleh para peserta : -








Pada kem kali ini, para peserta juga berpeluang bermain futsal pada waktu petang....

Otak yang cergas, datangnya dari badan yang sihat
Rupa yang macho, dtgnya dari romeo yang poyo ^-^

wanita dan bola
Bukan lagi pelik
wanita dan tiang bola
bukan gedik

wanita dan sorakan
memang menarik


Barisan insan yang perasan artis

kumpulan yang memang suka berkumpul

tabik kasih sayang
Tahniah diucapkan kepada Nuraini binti Afandi kerana berjaya menguruskan program dengan baik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Hafifi di atas segala ilmu dan tunjuk ajar serta nilai kasih sayang yang diterapkan kepada kami para peserta. InsyaAllah apa yang diajarkan oleh Encik Hafifi akan kami terapkan dan praktikkan untuk menjadi individu yang disegani dan pembimbing rakan sebaya yang disayangi.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Puan Che Manisah kerana menjadi penasihat program dan membantu kami exco kelab dalam mengendalikan aktiviti ini.

Jasa dan tunjuk ajar dari Puan Che Azlina, Puan Izzah dan Cik Farah selaku kaunselor pembantu juga sangat kami hargai. 

Semoga kasih sayang antara kita semua akan kekal selamanya.