Sabtu, 5 Februari 2011

-Kem Pemantapan Pembimbing Rakan Sebaya-


Pada 20 Januari 2011 - 22 Januari yang lepas, Kelab Inspirasi telah mengadakan satu Kem Pembimbing Rakan Sebaya di Hostel Pantai. Program pada kali ini diwajibkan kepada semua exco Kelab Inspirasi yang baru dilantik dan juga rakan dari kelab Peers UiTM Machang.

Pengarah projek program pada kali ini ialah Nuraini binti Afandi dan dibantu oleh Nur Nazihah Binti Raman selaku Timbalan Ketua Projek.

Pengarah Program yang berjaya dan bergaya
Selaku timbalan ketua projek yang berdedikasi, Nur Nazihah bukan sahaja menolong Nuraini dalam melengkapkan kerja sebagai ketua pengarah projek sahaja. Malah turut membantu Nuraini menguruskan dirinya juga. 

Bukti pertolongan yang tidak boleh disangkal oleh lagi




Moderator untuk kem ini ialah Encik Hafifi dan dibantu oleh Puan Che Manisah, Puan Che Azlina dan Puan Azlina iaitu kaunselor UiTM Kota Bharu dan UiTM Machang.


Romantika de amorey
Encik Hafifi bersama kesayangan hati. :)

Tiga dara pujaan yang sudah menjadi suntingan

Selain dari itu, program pada kali ini turut dibantu oleh kaunselor pelatih dari UM iaitu kak Fara

baju biru : Kaunselor pelatih
baju hijau : kak teh
Selaku moderator program, Encik Hafifi berjaya membuatkan program menjadi menarik sekaligus mengelakkan peserta-peserta kem dari mengantuk. Keseronokan program yang dijalankan, mampu membuatkan peserta lupa assignment yang bersusun di rumah dan perlu dihantar pada minggu hadapan. Dapat bayangkan tak keseronokan program tersebut bagaimana? huhuhuhuhu....

Ini bukan rombongan datang meminang.
Bukan Juga pasangan yangdigandingkan
Tapi ini adalah sebahagian dari ahli kumpulan

Ini bukan dugong yang terdampar di tepian
Tetapi ini adalah bukti kesungguhan menjalankan tanggungjawab

Membina piramid dari straw.
Hebat.

Punah harapan piramid yang dibina

kasih sayang terlalu indah untuk dikenang

selamanya tidak akan pernah kau lupa
Antara logo kumpulan yang dihasilkan oleh para peserta : -








Pada kem kali ini, para peserta juga berpeluang bermain futsal pada waktu petang....

Otak yang cergas, datangnya dari badan yang sihat
Rupa yang macho, dtgnya dari romeo yang poyo ^-^

wanita dan bola
Bukan lagi pelik
wanita dan tiang bola
bukan gedik

wanita dan sorakan
memang menarik


Barisan insan yang perasan artis

kumpulan yang memang suka berkumpul

tabik kasih sayang
Tahniah diucapkan kepada Nuraini binti Afandi kerana berjaya menguruskan program dengan baik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Hafifi di atas segala ilmu dan tunjuk ajar serta nilai kasih sayang yang diterapkan kepada kami para peserta. InsyaAllah apa yang diajarkan oleh Encik Hafifi akan kami terapkan dan praktikkan untuk menjadi individu yang disegani dan pembimbing rakan sebaya yang disayangi.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Puan Che Manisah kerana menjadi penasihat program dan membantu kami exco kelab dalam mengendalikan aktiviti ini.

Jasa dan tunjuk ajar dari Puan Che Azlina, Puan Izzah dan Cik Farah selaku kaunselor pembantu juga sangat kami hargai. 

Semoga kasih sayang antara kita semua akan kekal selamanya.

2 ulasan:

  1. mmg besh la sepanjang program..ada masa bertemu lg..i like "Rupa yang macho, dtgnya dari romeo yang poyo "..hahahaha..tp i mmg macho dan x poyo..hakikat..kih3

    BalasPadam