Rabu, 15 September 2010

1 hari 1 kampus 1 sekolah

Assalamualaikum....

Sebagai menyahut seruan Kerajaan Malaysia yang melancarkan program 1 Malaysia, kami di Kelab Inpirasi telah menganjurkan Program Motivasi yang bertajuk "1 Hari, 1 Kampus, 1 Sekolah" pada 17 Julai 2010 yang lalu. Simbolik di sebalik tajuk tersebut adalah  : -
                                  1 hari       - bermakna program motivasi kami melibatkan 1 hari 
                                  1 kampus - bermakna program motivasi ini melibatkan 1 kampus, iaitu UiTM KB
                                  1 sekolah - bermakna program motivasi ini melibatkan Sekolah Menengah Pengkalan                   
                                                    Chepa


Ketua Program untuk program motivasi pada kali ini ialah Nik Zatil Akmar. 

Tutur kata dan langkah yang berwibawa
 Dan untuk program pada kali ini, Ketua Fasilitator/Moderator Program adalah Shahromnizam dan dibantu oleh Pembantu Ketua Fasilitator/Penolong Moderator iaitu Khatijah Husna.
Kepetahan  berkata sang teruna, mampu mengujakan si dara

Pada mulanya untuk program  motivasi kali ini, sasaran kami untuk peserta   adalah mereka yang akan mengambil peperiksaan SPM sahaja. Namun begitu di atas permintaan dan galakkan daripada pihak sekolah, program  motivasi ini dibuka kepada semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Oleh yang demikian ini menjadi cabaran yang baru kepada fasilitator untuk mengawal peserta di dalam kumpulan yang mempunyai tahap umur dan pemikiran yang berbeza.


Program ini bermula pada pukul 10 pagi iaitu selepas pelajar-pelajar sekolah melakukan Solat Dhuha secara berjemaah dan setelah selesai menikmati sarapan pagi. 


Kemesraan tanpa mengira usia
malu itu sebahagian daripada iman


Untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK), peserta telah dibahagikan kepada 12 orang dalam satu kumpulan dan seorang fasilitator bertanggungjawab untuk mengendalikan kumpulan tersebut. 
Terdapat 5 aktiviti di dalam LDK yang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan walaupun berbeza usia
ketekunan itu bukanlah lakonan



Selepas solat Zuhur, semua peserta dan fasilitator dikehendaki berkumpul di dewan untuk aktiviti seterusnya.
lagi besar bulatan, bermakna lagi besar saiz ahli kumpulan
Program motivasi ini juga telah melatih para peserta untuk berani menampilkan diri dengan yakin  di hadapan khalayak ramai.
trofi kemenangan yang diidamkan
gadis misteri yang berkeliaran



Puan Manisah selaku penasihat kelab telah turut sama menyertai program pada kali ini sebagai pemantau dan pengiring.

Pengiring Kelab Inspirasi yang sentiasa setia di sisi kami


Antara tetamu terhormat yang hadir untuk merasmikan majlis


sekeping gambar adalah kenangan untuk selamanya


Program pada kali ini tamat pada jam tujuh petang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh wargaSekolah Menengah Pengkalan Chepa

Isnin, 13 September 2010

Program Motivasi Menuju Puncak

Assalamualaikum...
Program motivasi pertama yang diadakan oleh Kelab Inspirasi KB ialah Motivasi Menuju Puncak. Program ini bertempat di Sekolah  Menengah Kebangsaan Tumpat.
Sasaran peserta untuk program kali ini adalah pelajar yang akan mengambil peperiksaan STPM yang menjadi tunggak dan harapan bukan sahaja pihak sekolah, malah keluarga mereka juga untuk berjaya di dalam peperiksaan masing-masing.

Individu yang telah berjaya sampai ke puncak ^-^




Untuk program motivasi yang pertama ini, Maziana Mohamad telah diberikan mandat untuk menjadi Ketua Program.
Muka tidak melambangkan keperibadian sebenar
Kebolehan beliau dalam menjadi Ketua Program untuk program motivasi pada kali ini sememangnya layak diberikan pujian kerana program ini telah berakhir dengan jayanya. 

Seramai 30 orang fasilitator telah melibatkan diri untuk program pada kali ini. Setiap fasilitator diberikan satu kumpulan yang dianggotai lebih kurang 12 orang pelajar untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Untuk program di dalam dewan yang melibatkan kesemua pelajar, ia  telah diketuai oleh Mohd Syafiq selaku Ketua Fasilitator/Moderator Program. Beliau telah menjadi Moderator Program yang bukan sahaja kacak malah bergaya dan bijaksana juga. Tahniah.
Tanya soalan ke tanya nombor tepon tu???
Barisan fasilitator yang bukan diktator
Habuan untuk peserta program
Jumlah fasilitator seramai 30 orang  sama juga   jumlahnya dengan hamper yang telah disediakan untuk para peserta. Tapi, tidak bermakna seorang fasilitator telah menyumbangkan satu hamper okey, apatah lagi satu hamper untuk satu fasilitator! Oh, jauh panggang dari ayam yang dipanggang. Huhuhuhu.... 
 
Anda semua dijemput untuk melihat telatah fasilitator yang keletah bersama peserta-peserta yang masih mentah dan bergetah. 

kak echot sedang menerangkan cara senyum yang betul kepada peserta

Abg jijoe sedang menerangkan petua utk kelihatan macho

kak zatil sedang menerangkan cara untuk bernafas yang betul

dedikasinya seorang fasilitator

haaa...adik-adik ni khusyuk dengar ceramah ke....khusyuk tengok abg moderator?

penasihat kelab dan ydp kelab.....interframe nampak....... heeeeee

Program motivasi yang bermula pada pukul 8 pagi ini telah berakhir pada jam 6 petang
Alhamdulilah, dengan izinNya, program ini berjalan dengan lancar.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan fasilitator yang sudi meluangkan masa  untuk menjayakan program ini dan juga kepada peserta yang sudi melibatkan diri .
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat yang sudi bekerjasama memberikan peluang kepada kami Kelab Inspirasi untuk berbakti.
Sekian....