Assalamualaikum...
Program motivasi pertama yang diadakan oleh Kelab Inspirasi KB ialah Motivasi Menuju Puncak. Program ini bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat.
Sasaran peserta untuk program kali ini adalah pelajar yang akan mengambil peperiksaan STPM yang menjadi tunggak dan harapan bukan sahaja pihak sekolah, malah keluarga mereka juga untuk berjaya di dalam peperiksaan masing-masing.
Individu yang telah berjaya sampai ke puncak ^-^ |
Untuk program motivasi yang pertama ini, Maziana Mohamad telah diberikan mandat untuk menjadi Ketua Program.
Muka tidak melambangkan keperibadian sebenar |
Kebolehan beliau dalam menjadi Ketua Program untuk program motivasi pada kali ini sememangnya layak diberikan pujian kerana program ini telah berakhir dengan jayanya.
Seramai 30 orang fasilitator telah melibatkan diri untuk program pada kali ini. Setiap fasilitator diberikan satu kumpulan yang dianggotai lebih kurang 12 orang pelajar untuk sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
Untuk program di dalam dewan yang melibatkan kesemua pelajar, ia telah diketuai oleh Mohd Syafiq selaku Ketua Fasilitator/Moderator Program. Beliau telah menjadi Moderator Program yang bukan sahaja kacak malah bergaya dan bijaksana juga. Tahniah.
Tanya soalan ke tanya nombor tepon tu??? |
Barisan fasilitator yang bukan diktator |
Habuan untuk peserta program |
Jumlah fasilitator seramai 30 orang sama juga jumlahnya dengan hamper yang telah disediakan untuk para peserta. Tapi, tidak bermakna seorang fasilitator telah menyumbangkan satu hamper okey, apatah lagi satu hamper untuk satu fasilitator! Oh, jauh panggang dari ayam yang dipanggang. Huhuhuhu....
Anda semua dijemput untuk melihat telatah fasilitator yang keletah bersama peserta-peserta yang masih mentah dan bergetah.
kak echot sedang menerangkan cara senyum yang betul kepada peserta |
Abg jijoe sedang menerangkan petua utk kelihatan macho |
kak zatil sedang menerangkan cara untuk bernafas yang betul |
dedikasinya seorang fasilitator |
haaa...adik-adik ni khusyuk dengar ceramah ke....khusyuk tengok abg moderator? |
penasihat kelab dan ydp kelab.....interframe nampak....... heeeeee |
Program motivasi yang bermula pada pukul 8 pagi ini telah berakhir pada jam 6 petang.
Alhamdulilah, dengan izinNya, program ini berjalan dengan lancar.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan fasilitator yang sudi meluangkan masa untuk menjayakan program ini dan juga kepada peserta yang sudi melibatkan diri .
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat yang sudi bekerjasama memberikan peluang kepada kami Kelab Inspirasi untuk berbakti.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat yang sudi bekerjasama memberikan peluang kepada kami Kelab Inspirasi untuk berbakti.
Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan