Sabtu, 21 Ogos 2010

Penasihat Kelab Inspirasi

Assalamualaikum...


Kelab Inspirasi UiTM Kota Bharu  adalah sebuah Kelab Bukan Akademik yang telah ditubuhkan pada 14 Ogos 2008. Penasihat pertama Kelab ini ialah Puan Che Manisah Binti Yusof. Ketika di awal penubuhan kelab ini, Puan Manisah telah dibantu oleh  Puan Nor Husaina binti Md Husain iaitu Pegawai Teknologi Maklumat UiTM KOta Bharu sebagai penasihat kedua. Namun begitu setelah Puan Nor Husaina berpindah ke UiTM Penang, Puan Manisah tetap meneruskan perjuangan dan memberi bakti kepada Kelab Inspirasi.

Puan Manisah telah memulakan perkhidmatan pertama beliau sebagai kaunselor di UiTM Segamat Johor pada 18 April 2005, sekaligus menjadi Penasihat Kelab Inspirasi UiTM Johor sehinggalah pada tahun 2008.



 Setelah berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang senegeri iaitu Encik  Mohd zamri bin hassan pada 18 okt 2007, Puan Manisah telah berpindah  ke Kelantan dan terus berkhidmat dengan UiTM Kota Bharu sebagai Pakar Kaunselor pada bulan Mac 2008 sehingga lah kini.

Puan Manisah telah berpengalaman dalam mengendalikan 7 buah kelab bukan akademik sepanjang 5 tahun berkhidmat sebagai kaunselor universiti.

 Dan sekarang ni Puan Manisah masih lagi tidak jemu-jemu untuk mencurahkan bakti jasa dan keringat  kepada Kelab INSPIRASI dengan tagline nya, INSPIRASI MENJANA GENERASI.



Jangan disangka, tangan selembut sutera itu lembut selamanya. Kerana, tangan itu juga bisa menggegarkan dunia.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Visi Misi Dan Objektif

Visi

Melahirkan individu yang berdaya kepimpinan, berdaya saing, produktif, kreatif dan aktif serta menyumbang kepada Universiti dan Negara.

Misi

Menjana kecemerlangan berterusan bagi Mahasiswa agar dapat mencapai misi dan visi UiTM serta melahirkan golongan pemimpin pelapis yang kental dari segi teori dan praktikal serta mengaplikasikan perkongsian maklumat dan idea secara menyeluruh.

Objektif
  • Melahirkan mahasiswa yang berdaya kepimpinan dan menjadi pelapis barisan kepimpinan sedia ada.
  • Melatih mahasiswa dalam memberi bimbingan, nasihat serta dorongan kepada rakan sebaya yang lain.
  • Melahirkan mahasiswa yang berfikiran matang dalam program khidmat masyarakat dan mahasiswa yang cergas, sihat dari segi rohani dan jasmani.
  • Memberi satu pandangan yang positif terhadap mahasiswa dalam memahami hasrat sebenar visi dan misi UiTM.
  • Melibatkan mahasiswa dengan aktiviti berfaedah agar dapat membangunkan sahsiah rupadiri.
  • Menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam program “Mahasiswa Mesra” khususnya aktiviti khidmat masyarakat serta aktiviti yang berunsur kepimpinan.

Latar Belakang Kelab

    Kelab Inspirasi  UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu merupakan sebuah kelab bukan akademik yang ditubuhkan secara  rasminya pada 14 Ogos 2008. Pada mulanya, kelab ini merupakan Kelab Motivasi dan Pembimbing Rakan Sebaya yang berfungsi untuk membimbing, membantu dan memberi motivasi bukan sahaja kepada ahli kelab, malah kepada mahasiswa UiTM Kelantan Kampus Kota Bharu. 
     Nama ‘INSPIRASI’ telah dipilih sebagai nama rasmi kelab merupakan kesinambungan daripada objektif dan matlamat kelab untuk melahirkan mahasiswa yang mampu mentadbir sesebuah organisasi yang bakal menjadi pelapis pemimpin sedia ada. Walaupun Kelab Inspirasi merupakan sebuah kelab bukan akademik, namun aktiviti-aktiviti yang dijalankan merupakan aktiviti yang bermanfaat dan berbentuk ilmiah dan mampu memberi impak yang besar kepada para peserta.