Ahad, 6 Februari 2011

-Kursus Asuhan pembentukan Fasilitator 2-

Kursus Asuhan pembentukan Fasilitator 2 adalah kursus yang dianjurkan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Kelab Inspirasi yang diadakan bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai : -


i.      Pengetahuan asas berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab fasilitator.
ii.     Perlaksanaan program dalam LDK atau ceramah secara berkesan.
iii.    Kaedah mengenalpasti emosi dan personaliti para peserta.
iv.   Kaedah untuk mengurus peserta yang bermasalah atau tidak berminat.
v.    Perkongsian pengalaman penceramah berkaitan isu-isu remaja kini.

Kursus ini diadakan pada 27 Januari 2011 hingga 29 Januari 2011 di Hostel Pantai, Pantai Cahaya Bulan Kota Baru. 

Pengarah projek program pada kali ini ialah Nur Nazihah Binti Raman dan dibantu oleh Nuraini binti Afandi.
Pengarah projek Kursus Asuhan
Merangkap YDP kelab
YDP - Yang Di Perlukan a.k.a dipulaukan
^-^
Penolong Pengarah projek membantu mengayuh kayak Pengarah projek
Kursus kali ini disertai seramai 35 orang peserta. Peserta telah dipilih melalui penilaian temuduga yang  dijalankan oleh Penasihat Kelab bersama barisan mantan exco kelab.

Kursus kali ini, moderator program adalah Encik Fakhrul dan dibantu oleh Puan Che Manisah, Puan Izzah  dan Puan Zuraida.


Pengerusi majlis pada malam pertama majlis

ustaz sepanjang majlis
Antara aktiviti dan pengisian kursus yag diadakan : -

1. Tolak balak sematkan kepercayaan

balak tolak ranting.
^-^
 2. Lakonan drama pendek
dari kiri : wan maimunah, rosnah mat aris, didie alias, zaiton sameon
 3. Sorakan kumpulan
Pinggang saya hasil dari tummy trim

Suami yang beristeri 3 dengan bahagianya
 4. Menggunakan kuasa minda
keras seperti batu. tegak seperti kayu
 5. Drama pendek
Sembilu kasih ditusuk tusuk kekasih
Riadah petang pada kursus asuhan pada kali ini adalah berbeza sama sekali dengan aktiviti di kem lain kerana, ketika kursus ini peserta diberi peluang untuk bermain kayak.
mengayak di atas batu

hulurkan tangan ringankan beban

bersama pedang masing-masing

gembira tak terkata

sebelum teruskan kayuhan, buat lambang kedamaian

Bagi mereka yang tidak bermian kayak, maka membuat aktiviti sampingan menambah ilmu pengetahuan dengan menceritakan perihal pengalaman pengalaman....
dikelilingi bidadari langit ketujuh
Pada hari terakhir sebelum majlis penutup, satu sesi luahan hati telah diadakan..... Di dalam sesi ini semua peserta diberi peluang untuk meluahkan perasaan terhadap rakan-rakan. Ketika sesi luahan.....


ada yang bergelak tawa


ada yang menitiskan air mata

tanpa mengira jantina
Dan pada sesi terakhir, pengarah projek telah diberikan beberapa biji limau dan epal sebagai simbolik penghargaan dan ucapan tahniah kepada beliau kerana telah menguruskan program dengan baik.
Tahniah diucapkan kepada Nur Nazihah. :)
Tak muat tapak tangan, kain baju kurung yang ditadahkan
Simbolik kepada kesaktian


Hamper kemenangan

Gambar kenangan

2 ulasan: