Sebagai menyahut seruan Kerajaan Malaysia yang melancarkan program 1 Malaysia, kami di Kelab Inpirasi telah menganjurkan Program Motivasi yang bertajuk "1 Hari, 1 Kampus, 1 Sekolah" pada 17 Julai 2010 yang lalu. Simbolik di sebalik tajuk tersebut adalah : -
1 hari - bermakna program motivasi kami melibatkan 1 hari
1 kampus - bermakna program motivasi ini melibatkan 1 kampus, iaitu UiTM KB
1 sekolah - bermakna program motivasi ini melibatkan Sekolah Menengah Pengkalan
1 hari - bermakna program motivasi kami melibatkan 1 hari
1 kampus - bermakna program motivasi ini melibatkan 1 kampus, iaitu UiTM KB
1 sekolah - bermakna program motivasi ini melibatkan Sekolah Menengah Pengkalan
Chepa
Ketua Program untuk program motivasi pada kali ini ialah Nik Zatil Akmar.
Tutur kata dan langkah yang berwibawa |
Dan untuk program pada kali ini, Ketua Fasilitator/Moderator Program adalah Shahromnizam dan dibantu oleh Pembantu Ketua Fasilitator/Penolong Moderator iaitu Khatijah Husna.
Kepetahan berkata sang teruna, mampu mengujakan si dara |
Pada mulanya untuk program motivasi kali ini, sasaran kami untuk peserta adalah mereka yang akan mengambil peperiksaan SPM sahaja. Namun begitu di atas permintaan dan galakkan daripada pihak sekolah, program motivasi ini dibuka kepada semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Oleh yang demikian ini menjadi cabaran yang baru kepada fasilitator untuk mengawal peserta di dalam kumpulan yang mempunyai tahap umur dan pemikiran yang berbeza.
Program ini bermula pada pukul 10 pagi iaitu selepas pelajar-pelajar sekolah melakukan Solat Dhuha secara berjemaah dan setelah selesai menikmati sarapan pagi.
Kemesraan tanpa mengira usia |
ketekunan itu bukanlah lakonan |
lagi besar bulatan, bermakna lagi besar saiz ahli kumpulan |
trofi kemenangan yang diidamkan |
gadis misteri yang berkeliaran |
Puan Manisah selaku penasihat kelab telah turut sama menyertai program pada kali ini sebagai pemantau dan pengiring.